TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA

Carian di blog ini...

Loading...

Pengenalan Sukatan mata pelajaran Pendidikan Islam tahun 4

PENDAHULUAN

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام وعلى سيدنا محمد
وعلى آله وصحبه أجمعين

Pendidikan Islam sekolah rendah wajib dipelajari oleh setiap murid Islam dari tahun 1 hingga tahun 6. Pendidikan Islam menekankan kemahiran-kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh individu Muslim merangkumi aspek keimanan, kemanusiaan, kemasyarakatan dan kenegaraan.

Tumpuan khusus mata pelajaran ini ialah, 

pertama; pendidikan asas tilawah al-Quran, 

kedua; pembentukan akidah dan bimbingan Asas Fardu ‘Ain, 

ketiga; pemupukan amalan Fardu ‘Ain dan Fardu Kifayah yang dituntut oleh Syari‘at Islam dan 

keempat; penerapan adab yang berteraskan Akhlak Islamiah kedalam diri murid. 

Keempat-empat bidang ini hendaklah disampaikan dengan berkesan. Penyampaian yang berkesan mampu menanam asas keimanan dan membentuk murid-murid agar mempunyai citacita yang tinggi, daya tahan, semangat juang, gigih berusaha dan mampu mengubah diri yang menyumbang kepada asas tamadun masyarakat, bangsa dan negara. Para pendidik perlu memastikan setiap murid menguasai ilmu, amalan dan kemahiran yang telah ditetapkan supaya mata pelajaran Pendidikan Islam ini dapat menyumbang ke arah pembentukan muslim mukmin yang berilmu, beriman, beradab,berakhlak mulia, berketerampilan, bertanggungjawab, beramal soleh, dan bertakwa selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Islam.

 
Elegant Rose - Up Arrow