TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA

Bahagian Al-Quran (Tahun 4) - A. Bacaan Surah

  • Mengikut silibus dari kementerian pendidikan untuk bahagian Al-Quran ia dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu, Bahagian bacaan, bahagian hafazan dan bahagian kefahaman surah. 
  • terjemahan untuk surah ini saya masukkan sebagai rujukan dan perkongsian kepada rakan-rakan yang mengunjungi blog saya ini ....


A) Bacaan surah  :

1. Surah Al-Bayinah  - سورة البينة


 
 
 
 
 
 

  • Terjemahan :-
  1. Orang-orang kafir yakni ahli kitab dan orang-orang musyrik (mengatakan bahwa mereka) tidak akan meninggalkan (agamanya) sebelum datang kepada mereka bukti yang nyata,
  2. (yaitu) seorang Rasul dari Allah (Muhammad) yang membacakan lemnbaran yang disucikan (Al-Qur'an),
  3. di dalamnya terdapat (isi) Kitab-kitab yang lurus.
  4. Dan tidaklah berpecah belah orang-orang yang didatangkan Al-Kitab (kepada mereka) melainkan sesudah datang kepada mereka bukti yang nyata. 
  5. Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan keta'atan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama dengan lurus, dan supaya mereka mendirikan shalat dan menunaikan zakat; dan yang demikian itulah agama yang lurus.
  6. Sesungguhnya orang-orang kafir yakni ahli kitab dan orang-orang musyrik (akan masuk) ke neraka Jahannam; mereka kekal di dalamnya. Mereka itu adalah seburuk-buruk makhluk.
  7. Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh mereka itu adalah sebaik-baik makhluk.
  8. Balasan mereka di sisi Rabb mereka ialah surga 'Adn yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Allah ridha terhadap mereka dan merekapun ridha kepada-Nya. Yang demikian itu adalah (balasan) bagi orang yang takut kepada Rabbnya.



 2. Surah Al-Qadr -  سورة القدر


 
  1. Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Qur'an) pada malam kemuliaan. 
  2. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu?
  3. Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan.
  4. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Rabbnya untuk mengatur segala urusan. 
  5. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.



 3. Surat Al-`Alaq - سورة العلق  

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

  Terjemahan :-

  1. Bacalah dengan (menyebut) nama Rabbmu Yang menciptakan,
  2. Dia telah menciptakan manusia dengan segumpal darah.
  3. Bacalah, dan Rabbmulah Yang Paling Pemurah,
  4. Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam.
  5. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. 
  6. Ketahuilah! Sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas, 
  7. karena dia melihat dirinya serba cukup. 
  8. Sesungguhnya hanya kepada Rabbmulah kembali(mu).
  9. Bagaimana pendapatmu tentang orang yang melarang, 
  10. seorang hamba ketika dia mengerjakan shalat,
  11. bagaimana pendapatmu jika orang yang melarang itu berada di atas kebenaran, 
  12. atau dia menyuruh bertaqwa (kepada Allah) 
  13. Bagaimana pendapatmu jika orang yang melarang itu mendustakan dan berpaling? 
  14. Tidakkah dia mengetahui bahwa sesungguhnya Allah melihat segala perbuatannya? 
  15. Ketahuilah, sungguh jika dia tidak berhenti (berbuat demikian) niscaya Kami tarik ubun-ubunnya,
  16. (yaitu) ubun-ubun orang yang mendustakan lagi durhaka.
  17. Maka biarkanlah dia memanggil golongannya (untuk menolongnya), 
  18. kelak Kami akan memanggil malaikat Zabaniyah,
  19. sekali-kali jangan, janganlah kamu patuh kepadanya; dan sujudlah dan dekatkanlah (dirimu kepada Rabb) 



 4. Surah At-Tīn  - سورة التين

 
 
 
 
 
 
 
 

Terjemahan :-

  1. Demi (buah) Tin dan (buah) Zaitun ,
  2. dan demi bukit Sinai,
  3. dan demi kota (Mekah) ini yang aman, 
  4. Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. 
  5. Kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya (neraka), 
  6. kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh; maka bagi mereka pahala yang tiada putus-putusnya.
  7. Maka apakah yang menyebabkan kamu mendustakan (hari) pembalasan sesudah (adanya keterangan-keterangan) itu? 
  8. Bukankah Allah Hakim yang seadil-adilnya?  
Info : Khasiat buah tin dan zaitun

BUAH ZAITUN KURANGKAN  RISIKO KANSER. 
  •  “Demi buah tin dan zaitun,  Dan Gunung Tursina” ( Surah at Tin ayat 1 dan 2 ) Allah telah menyebut di dalam Al-Quran berkenaan dengan buah zaitun. Ini menunjukkan buah zaitun juga memiliki banyak keistimewaan tersendiri yang jarang diketahui dan diselidiki .
  • Di dalam Al-Quran , buah zaitun disebut sebanyak tujuh kali di mana sebanyak dua kali, ia di sebut bersendirian dan lima kali lagi digambarkan  dalam Al- Quran bersama dengan buah-buahan lain seperti tamar, delima, anggur dan buah tiin. Gambaran ini menunjukkan betapa banyaknya khasiat buah zaitun seperti mana buah-buahan lain yang mendatangkan kebaikan kepada kehidupan manusia sejagat.
  • Buah zaitun atau nama botaninya dikenali sebagai olea europea ditanam di kawasan Meditranean tetapi tempat penanaman yang paling utama ialah Sepanyol, Turki, Itali, Tunisia dan Morocco.
  • Di dalam surah an Nur ayat 35 juga Allah menyebut tentang buah zaitun yang mana ulama seperti Maulana Majid, Maulana Maudoodi, Maulana Usmani , Maulana Haqqani dan Abdullah Yusuf Ali memberi pentahsiran dan pandangan yang sama merujuk kepada tempat dan taburan penanaman buah zaitun.
  • Dunia moden pada hari ini melalui kajian-kajian sains semasa mengiktiraf khasiat buah zaitun.Minyak zaitun mempunyai nilai yang tinggi dalam bidang perubatan.
  • Seandainya minyak zaitun diambil sebagai bahan makanan, ia bertindak sebagai penambah zat makanan, mencuci dan membaik pulih perut dan menjadi penawar racun.Ini akan membantu pesakit gastric dan juga yang mengalami kegagalan fungsi buah pinggang.
  • Jika minyak zaitun diambil sebagai sapuan luaran, ia bertindak sebagai pelicin dan pelembut kulit yang mengalami eczema dan proriasis kepada kulit yang meremajakan kulit.
  • Menurut Tarmizi dan Ibu Majah, Nabi Muhammad s.a.w bersabda : ‘Makanlah minyak zaitun, dan sapulah kulitmu dengannya kerana ia datang dari pohon yang diberkati”.
  • Dari sudut pandangan sains pemakanan, minyak zaitun mengandungi asid lemak tidak tepu yang dikelaskan sebagai “monounansaturated” yang mampu merendahkan kolesterol berbahaya di dalam darah.  Satu kajian yang telah dijalankan oleh pakar kesihatan di Institut Sains Kesihatan , Universiti Oxford melihat perkaitan antara kanser dan pemakanan seseorang.
  • Di dapati bahawa Negara yang mengamalkan pengambilan daging yang kerap dan rendah dalam pengambilan sayur-sayuran mempunyai risiko dan kes penyakit kanser yang tinggi tetapi pengambilan minyak zaitun akan mengurangkan kadar kes tersebut.
Rencana penuh berhubung buah zaitun kurang risiko kanser boleh anda dapati dalam PERDANA- 30 Oktober 2011.


 
BUAH TIN  
         

  • Para pakar kesihatan sangat menganjurkan kepada kita untuk makan Buah Tin kerana  buah ini membantu proses pembersihan racun dari dalam tubuh kita, mencegah kanser usus serta penyakit yang berkaitan dengan perut.
  • Menurut sebuah kajian yang dilakukan University Rutgers di New Jersey, As, menyebutkan bahwa buah Tin mengandungi antioksidan yang dapat menghalang karsinogen yang menjadi penyebab kanser. Buah Tin juga mengandungi Omega 3 serta Omega 6, yaitu sejenis lemak yang berperanan dalam pencegahan penyakit jantung.
  • Buah Tin juga kadar lemaknya rendah, rendah sodium, rendah kalori dan bebas kolestrol, yang pasti sangat sesuai  untuk para penderita diabetes.Dalam buah Tin terkandung zat yang dapat mengurangi kolestrol jahat, menguatkan jantung dan menormalkan saluran pernafasan bagi para penderita asma / sesak nafas.Buah tin selain mengandung serat yang sangat tinggi, dimana setiap 100 gr buah tin kering terkandung 12,2 gram serat , dan juga terdapat zat Benzaldehyde, sebuah zat yang dapat menghalang pertumbuhan tumor.

 
Elegant Rose - Up Arrow