TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA

Sejarah penubuhan BPI - Bahagian Pendidikan Islam

Pendidikan Islam di Sekolah Rendah kebangsaan di bawah kelolaan BPI - Bahagian Pendidikan Islam Malaysia

Penubuhan Bahagian Pendidikan Islam (BPI) bermula dengan pelantikan seorang Pegawai Perhubungan Sekolah di Bahagian Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mengurus bantuan Sekolah Agama Rakyat (SAR) pada tahun 1958.
Pada tahun 1961, Unit Pelajaran Agama ditubuhkan dan diletakkan di bawah pengurusan Bahagian Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia. Unit ini berfungsi untuk mengurus bantuan kepada SAR dan pengurusan guru-guru agama yang baru diambil alih.
Pada tahun 1973, Unit Pelajaran Agama dinaiktarafkan menjadi Bahagian Pelajaran Agama dengan diketuai oleh seorang pengarah. Pada tahun 1983 pula, nama Bahagian Pelajaran Agama ditukar kepada BPI sehinggalah ke tahun 1995.
Pada tahun 1995, BPI dinaiktarafkan kepada Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM) dengan penambahan fungsi Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral. JAPIM diketuai oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran malaysia (TKPPM) dan mempunyai tiga bahagian iaitu Bahagian Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral, Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral dan Bahagian Dakwah dan Kepimpinan.
Pada Mac 2008, Fungsi Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral dipindahkan ke BPK selaras dengan penyusunan semula fungsi di bahagia-bahagian KPM. Sehubungan itu, JAPIM di tukar ke BPI dan diletakkan di bawah TKPPM (Operasi Pendidikan). BPI diketuai oleh seorang pengarah dengan Gred JUSA B.


 
Elegant Rose - Up Arrow