Kejayaan hidup dan urusan seseorang itu bergantung kepada amalan solatnya, mari lah kita menilai kembali adakah solat yang kita lakukan mengikut rukun-rukun yang telah ditetapkan. Wallahualam Bissawab, mudah-mudahan kita mendapat khusyuk di dalam solat kita. AMIN...
info tentang khusyuk :
Khusyuk ialah tunduk dan berasa rendah diri dengan menumpukan fikiran, menenangkan hati dan anggota semasa solat semata-mata kerana Allah S.W.T. Solat yang khusyuk adalah dengan Ihsan.
info tentang Ihsan :
Ihsan itu ialah bahawa "kamu menyembah Allah seolah-olah kamu melihat-Nya, tetapi jika kamu tidak melihat-Nya, maka sesungguhnya Dia melihat kamu." (Pengertian berdasarkan hadith riwayat Muslim daripada Umar bin Khattab) Yakni, mengabdikan diri kepada Allah hendaklah dengan perasaan seolah-olah anda melihat-Nya dan jika anda tiada perasaan melihat kepada-Nya, maka hendaklah anda merasa bahawa Allah melihatmu. Maksudnya: ikhlas dalam beribadah atau ikhlas melaksanakan Islam dan Iman.
Firman Allah s.w.t..
Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mendirikan solat, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya
[Taha : 32 ]
Solat (bahasa Arab: صلاة; pl. ṣalawāt) merujuk kepada sembahyang dalam agama Islam. Solat terbahagi kepada solat fardu dan solat sunat. Solat fardu diwajibkan ke atas orang Islam yang baligh dan berakal sebanyak 5 kali sehari pada waktu-waktu tertentu. Solat fardhu merupakan Rukun Islam yang ke-2 dari lima Rukun Islam.
Syarat wajib solat:
- Islam
- Baligh
- Berakal
- Suci daripada haid dan nifas bagi perempuan
Perkara-perkara yang membatalkan solat
- Keluar/kedatangan hadas besar atau kecil.
- Berkata-kata dengan sengaja walau sedikit yang memberi faham, atau ketawa.
- Makan/minum dengan sengaja membatalkan solat.
- Melakukan pergerakan di luar rukun solat tiga kali berturut-turut(mutawaliyat).
- Berniat keluar dari solat (mufaraqah).
- Terkena najis yang tidak dimaafkan pada badan, pakaian dan tempat solat.
- Beralih arah dari kiblat dengan sengaja (berpaling dada).
- Terbuka aurat dengan sengaja, atau tidak sengaja tetapi tidak segera ditutup.
- Berubah niat dari satu solat ke solat yang lain.
- Meninggalkan rukun solat.
- Murtad
Rukun Solat
Rukun solat terbahagi kepada tiga kategori:
- Qalbi (diingat dalam hati)
- Qauli (diucap dengan lidah)
- Fi'li (perbuatan)
Rukun solat ada 13 perkara iaitu:
- Berdiri bagi yang mampu. [Fi'li]
- Niat.[Qalbi]
- Takbiratul Ihram (Allahu Akhbar yang pertama). [Qauli]
- Membaca surah Al-Fatihah. [Qauli]
- Rukuk dengan tama'ninah .[Fi'li]
- Iktidal dengan tama'ninah. [Fi'li]
- Sujud dengan tama'ninah. [Fi'li]
- Duduk di antara dua sujud, dengan tama'ninah. [Fi'li]
- Duduk Tasyahhud akhir. [Fi'li]
- Membaca bacaan Tasyahhud Akhir. [Qauli]
- Selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. dalam Tasyahhud Akhir. [Qauli]
- Mengucapkan salam yang pertama. [Qauli]
- Tertib [Qalbi]
Nota: tama'ninah = berhenti seketika (sekadar menyebut subhanallah)
Pada mazhab Maliki dan Hanafi, baca fatihah rukun bagi solat perseorangan sahaja. Tidak rukun bila solat berjemaah, bila imam baca makmum dengar sahaja berdasarkan Al-Quran; "Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat." (Al-A'raaf/7:204).
0 comments:
Post a Comment