TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA

Wednesday 23 November 2011

ORGANISASI KANDUNGAN

Kandungan Pendidikan Islam Sekolah Rendah dibahagikan
kepada empat bidang iaitu :-

1. Bidang Asuhan Tilawah al-Quran.

Bidang ini memberi tumpuan kepada :-

1.1 Membaca ayat-ayat al-Quran dengan betul dan fasih.
1.2 Menghafaz ayat-ayat al-Quran tertentu dengan betul dan fasih.
1.3 Memahami pengertian surah-surah tertentu daripada juzu’ ‘Amma (juzu’ 30) dan menghayati pengajarannya.

2. Bidang Asas ‘Ulum Syar‘iyah.

Bidang ini memberi tumpuan untuk :-

2.1 Penanaman akidah, pembentukan sikap dan tanggungjawab terhadap Allah s.w.t.
2.2 Pengetahuan mengenai peraturan ibadat yang ditentukan oleh Allah s.w.t. dan melaksanakannya.
2.3 Percontohan dan pengambilan iktibar daripada sirah Rasulullah s.a.w.
2.4 Implikasi akidah, ibadah dan sirah dari segi tanggungjawab terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara.

3. Bidang Asas Akhlak Islamiah.

Bidang ini memberi tumpuan kepada :-

3.1 Kepatuhan terhadap peraturan dan cara hidup Muslim dalam hubungannya dengan Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w.
3.2 Kepatuhan terhadap peraturan dan tatacara perhubungan manusia dengan diri sendiri, keluarga,alam sekitar, masyarakat dan negara.
4. Bidang Pelajaran Jawi.

Bidang ini memberi tumpuan kepada :-

4.1 Menulis tulisan Jawi dengan baik.
4.2 Membaca tulisan Jawi dengan lancar.
4.3 Mempelajari asas seni tulisan Jawi.

Tumpuan-tumpuan yang dinyatakan di atas hendaklah diambil kira semasa menyediakan Huraian Sukatan Pelajaran dan melaksanakan dalam Pengajaran dan Pembelajaran; Adab yang ditentukan dalam Asas Akhlak Islamiah diajar khusus dalam Bidang Akhlak Islamiah. Adab ini berdasarkan adab terhadap Allah dan Rasul, diri sendiri, ibu bapa, keluarga, guru, alam sekitar, masyarakat, dan negara berteraskan 4 nilai utama Syaja‘ah, ‘Iffah, ‘Adalah dan Hikmah yang akhirnya membina pelajar beradab dan menghayati nilainilai akhlak. 

Kesemua bidang di atas merupakan kesepaduan ilmu yang dapat melahirkan insan soleh yang diredai Allah s.w.t. Pengetahuan dan kemahiran yang disampaikan berdasarkan kandungan sukatan pelajaran ini adalah sesuai dengan peringkat keperluan dan keupayaan murid sekolah rendah. Bahan-bahan rujukan seperti al-Quran, al-Sunnah, Sirah Rasulullah s.a.w., sejarah para sahabat r.a., pendapat para sarjana Islam, kitab-kitab muktabar dan sumber daripada ilmuilmu lain seperti Sains, Matematik, Geografi, dan Sejarah boleh dijadikan asas bagi mengolah pengetahuan dan kemahiran di dalam sukatan pelajaran ini. Pengetahuan dan kemahiran yang telah diperolehi pada peringkat sekolah rendah ini dapat diteruskan ke peringkat menengah.

OBJEKTIF

Setelah mengikuti Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah, murid dapat :

1. Membaca surah-surah terpilih daripada juzu’ amma dengan betul dan fasih, untuk memupuk minat membaca al-Quran dan menjadi amalan.

2. Menghafaz ayat-ayat lazim yang terpilih untuk bacaan dalam solat dan ibadat harian.

3. Memahami maksud beberapa surah yang dipelajari dan menghayati pengajarannya ke arah meyakini al-Quran sebagai rujukan petunjuk Allah.

4. Memahami dan meyakini asas-asas keimanan sebagai pegangan akidah dan benteng keagamaan.

5. Mengamalkan ibadat-ibadat asas dalam Fardu ‘Ain serta memahami Fardu Kifayah sebagai tuntutan kewajipan umat Islam.

6. Memahami dan mengambil iktibar dengan sirah Rasulullah s.a.w sebagai asas perkembangan tamadun manusia.
7. Mengamalkan adab dan menghayati nilai-nilai akhlak dalam kehidupan seharian.

8. Membaca dan menulis Jawi serta mencintainya sebagai warisan budaya bangsa.

MATLAMAT PENDIDIKAN ISLAM

Matlamat Pendidikan Islam untuk menghasilkan Muslim yang berilmu, beriman, berketerampilan, beramal soleh dan berakhlak mulia berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah supaya menjadi hamba dan khalifah Allah yang bertakwa dan menyumbang ke arah mempertingkat tamadun bangsa dan negara.

Tuesday 22 November 2011

Muat turun ...

Untuk memuat turun fail Sukatan mata pelajaran pendidikan islam tahun 4 sila klik pautan berikut :-
http://www.mediafire.com/?mw02zomtmnt

dan untuk rakan-rakan guru yang lain berikut merupakan pautan untuk memuat turun sukatan mata pelajaran untuk mata pelajaran yang lain :-
http://eduworld.com.my/page.php?12

Berikut merupakan pautan untuk senarai sekolah rendah yang terdapat di sabah. :-

http://www.sabah.edu.my/default.asp?do=se&sho=ps

Berikut merupakan pautan untuk pekeliling terkini dari BPI :-

[ Perlaksanaan dasar 1 Murid 1 Sukan (1M 1S) ]

 
Elegant Rose - Up Arrow